(Dipetik daripada New Straits Times, 26 Januari 2009)
Universiti Malaya dengan kerjasama Duta Afghanistan ke Malaysia, Mohammad Yunos Farman akan mengadakan satu kempen mengumpulkan pakaian-pakaian musim sejuk terpakai untuk kegunaan penduduk-penduduk di Afghanistan pada musim sejuk yang bakal mendatang di sana.
Kempen itu yang dinamakan sebagai 'Winter Relief Campaign', bertujuan untuk menyediakan pakaian musim sejuk yang bersesuaian untuk jutaan penduduk di tengah dan utara Afghanistan. Suhu cuaca musim sejuk di sana dijangkakan jatuh hingga dibawah paras beku dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang, menurut Mohammad Yunos.
"Saya berharap rakyat Malaysia akan dapat membantu penduduk-penduduk di Afghanistan. Lebih daripada lima juta penduduk Afghan kini menghadapi masalah kekurangan makanan yang kritikal, diburukkan lagi dengan keadaan musim sejuk yang membeku," tambahnya lagi.
Orang awam diseru supaya mendermakan pakaian-pakaian dan barang-barang keperluan yang lain, seperti tilam, selimut, selendang, hatta makanan sekalipun.
Sumbangan berbentuk wang juga boleh disumbangkan.
Fakulti Ekonomi Dan Pentadbiran di Universiti Malaya akan mengetuai kempen ini yang akan berjalan sehingga awal Mac.
Dekan fakulti, Prof.Dr. Norma Mansor berharap kempen ini akan mempunyai 'kesan berganda', dengan mengajak keluarga serta rakan-rakan untuk turut sama menyertai kempen ini.
"Usaha ini mungkin nampak kecil, namun sekurang-kurangnya kita dapat membantu penduduk Afghan yang dibelenggu kemiskinan, agar dapat meneruskan kehidupan,walaupun sementara, sewaktu musim sejuk melanda."
Setakat ini, fakulti ini telah menerima tiga buah kotak pakaian. Dr. Norma berkata, segala barangan akan dihantar ke Afghanistan, sedikit demi sedikit melalui kedutaan di sini.
Sesiapa yang berminat untuk menyumbang, mereka boleh terus menghantar melalui pos barangan tersebut kepada:
Centre for Poverty and Development Studies (CPDS),
Faculty of Economy and Administration,
University Malaya,
50603 Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi 03-79673766 untuk maklumat lanjut.
Bantulah seadanya mengikut kemampuan kita.. sampaikan kepada yang lain untuk turut sama menyumbang..
Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)
-
Abdul Halim Abdullah:Perjuangan Akhir Zaman(10) Perjanjian Hudaibiah
Kehebatan umat Islam semakin bertambah dari hari ke sehari. Walaupun tiada
pertempuran...
1 year ago
0 comments:
Post a Comment