Malu: Antara Cabang Dalam Keimanan

Masalah ekonomi, konflik pencerobohan Zionis laknatullah di Gaza adalah antara masalah-masalah yang sedang melanda dunia ini, ketika catatan ini dinukil. Hendak diikutkan, terdapat banyak lagi masalah yang melanda dunia tanpa kita sedari, seperti masalah keruntuhan akhlak manusia, masalah pergaulan bebas atau perlakuan zina secara terang-terangan, dan masalah-masalah sosial yang lain. Ini tidak lagi termasuk masalah rumahtangga yang tidak dapat ditulis penulis disini. Senarainya teramatlah panjang.

Namun, pokoknya ialah kita mesti mencari penyelesaian bagi masalah-masalah tadi. Satu-satunya penyelesaian yang terbaik, malah tiada penyelesaian yang lebih baik daripadanya ialah kita kembali kepada jalan yang dipelopori Nabi Muhammad s.a.w.

Mungkin bunyinya agak sukar dilaksanakan oleh kita, namun kata cendekiawan terdahulu: "Kalau tak dapat semua, jangan ditinggalkan semua." Oleh itu, elok jika bermula dengan sifat malu.

Anda barangkali terfikir, "Apa kena mengena masalah dunia dengan malu pulak?"

Jika semua orang mempunyai sifat 'malu kena pada tempatnya', maka akan sukar untuk emua melakukan maksiat. Kenapa? Dengan sifat malu, kita akan sedar bahawa sentiasa ada yang memerhatikan kita, daripada malaikat di kiri dan kanan, sehinggalah kepada Zat Yang Maha Mengetahui, semuanya tahu tindakan kita setiap saat. Malu dalam melakuakan korupsi dan rasuah dalam perniagaan, masalah ekonomi dapat diatasi. Malu membiarkan rakyat Gaza terus sengsara, kemenangan Islam dan Hamas dapat dicapai. Malu melakukan maksiat dengan teman-teman, masalah sosial dapat dibendung. Semuanya kerana rasa malu sahaja.

Baginda Nabi Muhammad s.a.w menyebutkan bahawa :-


إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت


Ertinya : Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataan nabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyai perasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja.


(Riwayat Al-Bukhari)

Perkara yang sama turut disebut baginda s.a.w:


الحياء خير كله


Ertinya : Perasaan malu itu semuanya (membawa) kebaikan.


(Riwayat Muslim)


Sebuah lagi hadis menjelaskan :-




قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( استحيوا من الله حق الحياء ) ، قلنا : يا رسول الله إنا نستحيي والحمد لله ، قال : ( ليس ذاك ، ولكن الاستحياء من الله حق الحياء أن تحفظ الرأس وما وعى ، والبطن وما حوى ، ولتذكر الموت والبلى ، ومن أراد الآخرة ترك زينة الدنيا ، فمن فعل ذلك فقد استحيا من الله حق الحياء )


Ertinya : Ibn Mas'ud menceritakan : Rasul bersabda : berasa malulah dengan Allah SWT DENGAN sebenar-benar erti malu, sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah pun berasa malu itu Alhamdulillah,


Baginda menjawab : Bukan demikian, tetapi malu kepada Allah swt yang sebenar-benarnya adalah dengan menjaga kepalamu dan setiap apa yang di dalam pemikiranmu, menjaga perutmu dan setiap apa yang diingininya, dan perbanyakkan ingatan kepada mati dan kehancuran. Barangsiapa yang inginkan Akhirat, bakal meninggalkan perhiasan dunia (tidak ditipu dengan kepentingan dunia), seseiapa yang berbuat demikian seperti disebut di atas, mereka telah malu kerana Allah swt dan melaksanakan hak ‘malu' .

( Riwayat At-Tirmidzi )

Semoga diri ini terutamanya, serta rakan-rakan yang sudi membaca, dan yang lain-lain dapatlah kita merasa dan menyemai rasa gerun dan malu kepada Allah. Sampaikanlah kepada yang lain-lain, semoga kita mendapat kebaikan daripadanya.
!
Harapnya bergunalah untuk diri sendiri dan yang membacanya.

Musuh Islam: Apa Yang Diinginkan Mereka Sebenarnya?

Penduduk Palestin yang ditindas, etnik Rohingya dari Myanmar yang dihalau dari tanah air sendiri, dan penduduk di Kashmir yang dinafikan hak kemerdekaannya oleh kerajaan India, semuanya memiliki persamaan yang begitu ketara. Apakah persamaan itu? Persamaan itu ialah: Mereka telah mengucap dua kalimah syahadah.

Ya, mereka semua adalah orang Islam, agama yang sama-sama dianuti oleh lebih 1.84 billion di dunia ini. (sumber: http//www.islamicpopulation.com) Tidak perlu diterangkan lagi tentang keadaan mereka, hampir kesemua daripada mereka tidak mampu menikmati makanan yang sempurna untuk diri dan keluarga, apatah lagi senjata untuk berperang. Walau bagimanapun, mereka dilabelkan oleh kebanyakan media sebagai pengganas, millitan serta pelbagai nama lain yang memberi makna jelas bahawa "mereka perlu diperangi habis-habisan."

Telah jelas mengikut pemikiran logik, umat Islam sebenarnya telah lama kalah. Malahan kebanyakan umat Islam juga tidak mampu untuk menentukan nasib mereka, seperti pelarian etnik Rohingya dari Myanmar. Mereka hanya bergantung nasib kepada Allah, di mana mereka terdampar, disitulah mereka cuba mendapatkan perlindungan. Di tanah air mereka sendiri, mereka dipandang jelik dan dinafikan hak kerakyatan, walhal mereka telah menetap di Myanmar sejak kurun ke-7 lagi.

Dalam soal politik pula, umat islam yang wujud di serata muka bumi ini masih tidak bebas untuk menentukan pendirian politik mereka sendiri,apatah lagi untuk menetapkan keputusan. Dalam kata lain, secara politik juga kita masih ketinggalan jauh berbanding musuh-musuh kita. Malah, musuh kita ini dapat menentukan keputusan politik negara Islam supaya bersesuaian dengan kepentingan politik mereka walaupun keputusan tersebut jelas bertentangan dengan kepentingan kita.

Mungkin inilah kejayaan yang amat-amat diimpikan kebanyakan pihak yang bersengketa, kerana dengan mendapat kekuasaan politik, mereka mampu melakukan apa-apa sahaja. Tetapi, musuh-musuh kita masih menyerang kita, walaupun jelas, politik kita telah mereka kuasai.

Dari segi ekonomi pula, sudah pasti anda semua berasa hairan melihat mengapa ramai dalam kalangan umat Islam yang menikmati pelbagai sumber kekayaan, tetapi tidak memiliki kuasa ekonomi sendiri. Malah, bukan mereka yang menguasai ekonomi mereka sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan golongan korporat yang menjadi musuh Islam melihat bahawa dengan menguasai ekonomi saingannya, maka sudah memadai tanpa perlu melakukan penjajahan ketenteraan. Penguasaan ekonomi ini cukup untuk memberikan mereka kemenangan hakiki dan melambangkan kekalahan mutlak untuk Islam.

Jadi, apakah sebenarnya yang ingin diinginkan oleh mereka? Sudah jelas siapa yang menang, siapa yang kalah. Namun, sepertinya ada matlamat yang masih belum tercapai disebalik kemenangan mereka. Sepatutnya mereka tidak lagi perlu bimbang kerana secara politik dan ekonomi, umat Islam sudahpun kalah. Mengapa?

Semuanya boleh terjawab kerana musuh kita telah sedar sejak sekian lama bahawa pertarungan dengan Islam tidak cukup dengan isu politik dan ekonomi. Mereka sedar dan lebih memahami pertarungan sebenar ini lebih daripada anak-anak umat Islam kita memahaminya, menyebabkan anak-anak ini alpa dalam kekalahan mereka. Mereka juga sedar dengan pertarungan ini jauh lebih luas berbanding sesetengah daripada kalangan umat Islam yang ingin menyaksikan kebangkitan Islam. Dalam mass yang sama, musuh kita sedar bahawa sejauhmana sekalipun, mereka masih lagi belum mencapai kemenangan yang mutlak dah hakiki.

Apakah sebenarnya pertarungan ini?

Dalam penjajahan, musuh telah mampu memisahkan ruh Islam daripada diri dan masyarakat Islam. Namun, mereka begitu terkejut apabila mendapati jiwa individu ini kembali bersemarak sebaik sahaja peluang tersedia. Dengan itu, musuh amat memahami bahawa dengan hanya menguasai politik, ekonomi, keilmuan dan ketenteraan semata-mata, mereka masih belum menang, selagi mana masih wujud perasaan dan jiwa yang bersedia untuk kembali mendokong Islam pada suatu masa nanti.

Firman Allah Taala:

وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا

“Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian)”

(Surah Al-Baqarah: 217)



Kini, medan pertarungan kita dan mereka adalah identiti, ciri dan pembentukan Islam.Hal ini kerana musuh sentiasa berusaha untuk merosakkan keperibadian ini. Musuh sentiasa percaya bahawa peribadi Muslim ini ibarat sebuah bekas yang sentiasa bersedia untuk diisi dengan Islam. Itulah sebabnya mereka melakukan pembasmian penduduk Islam, kerana mereka tidak berjaya membiarkan bekas itu terus kosong, atau diisi dengan yang lain. Oleh itu, medan pertarungan sebenar ialah pembentukan jiwa individu Muslim.

Dengan pembentukan ramai individu Muslim mengikut acuan Islam, akan lahirlah keluarga Islam, yang akan wujud sebuah masyarakat Islam, seterusnya sebuah kerajaan Islam, yang akan menegakkan kerajaan atau Negara Islam, dan akhirnya, sebuah Khilafah Islamiyah (institusi pentadbiran antarabangsa umat Islam, diketuai oleh Khalifah). Dengan kewujudan institusi yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w ini, yang telah diwahyukan daripada Allah s.w.t, maka inilah satu-satunya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang menimpa dunia. Oleh itu, kita hendaklah membina Islam dalam setiap jiwa yang mengaku beragama Islam. Melalui setiap jiwa inilah, maka musuh-musuh Islam tidak lagi mampu menewaskan Islam dengan sewenang-wenangnya.

“Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya akan tertegak Islam di tanah air kamu,” kata Saidina Ali.

Ingatlah bahawa tiada apa-apa di dunia ini yang mampu mengalahkan Yang Maha Perkasa.