Kem Lepasan SPM 2009 Selangor (25-27 Dis)




Isilah masa cuti panjang anda sebaiknya, jangan menyesal di kemudian hari ye?
InsyaAllah program ini akan banyak memberi manfaat dan akan dapat dijadikan persedian kukuh untuk anda.

Apa tunggu lagi?? Jika anda baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM yang getir itu, ini program yang teramat baik untuk anda!!

Hubungi no tertera untuk maklumat lanjut, atau lontarkan sebarang pertanyaan pda kotak "comment" di bawah.

Hebahkan!!

Makmurkan Dunia Dengan Perubahan




Assalamualaikum warahmatullah, dan salam hormat buat para pembaca.

Kini kita telahpun memasuki awal bulan Zulhijjah 1430H yang mulia. Bermakna hanya beberapa hari lagi sebelum kita meraikan Hari Raya Aidiladha,dan lebih kurang sebulan lagi sebelum tahun baru Hijrah 1431H akan menjelang. Subhannallah, begitu cepat masa berlalu. Ibaratnya baru beberapa minggu lepas kita merayakan Hari Raya Aidilfitri..

Itulah masa yang senantiasa berlalu, walau apa jua yang kita lakukan, sama ada perkara itu berfaedah (eg. beribadah dalam konteks yang amat luas, berfikir etc.), ataupun kita menggunakan masa itu lebih banyak untuk melakukan maksiat (eg. juga dalam konteks yang amat luas.) Ada kata-kata yang boleh kita jadikan panduan:

"Kalau kita tidak menggunakan masa kita untuk menyumbang pada kebaikan, maka ketahuilah bahawa kita sedang menyumbang kepada kemaksiatan."


Jelas dan tegas kata-kata itu.

Itulah perlunya untuk kita berubah, kerana adakalanya kita menyumbang kepada kemaksiatan secara tidak sedar, walaupun kita bertegas menafikannya.

Tetapi, sebelum berubah itulah, seni faham perubahan itu perlu jelas terlebih dahulu.

Selalu kita mendengar kata-kata orang sekeliling apabila memperkatakan tentang masyarakat, pasti akan keluar kata-kata ini; "Itulah, kita perlu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah."

Biasa mendengarkan, atau mungkin juga selalu menuturkan?

Benar, itu kata-kata yang juga amat jelas maksudnya, malahan itulah penawar kepada semua masalah dunia. Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Namun disebalik 5 patah perkataan ini, ibaratnya kita menidakkan semua yang telah dikecapi oleh ilmuan-ilmuan agama kita semenjak zaman para sahabat, tabi'en dan tabi' tabi'en dan selepasnya.

Bukan ingin mencela mereka yang mengatakan, tetapi jangan pula kita lupa segala jerih perih dan susah payah yang telah dilakukan oleh para mukmin yang terus membawa Islam sehingga ke saat ini, dari zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Daulah Bani Umayyah, Daulah Bani Abassiyah, dan Daulah Bani Uthmaniah. Bukankah mereka juga menjadikan kalam Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan mereka?



Ibarat sepohon pokok, tumbuhnya merimbun, menjulang ke langit. Dasarnya pula walaupun terlindung dari pandangan, tetapi akarnya tetap dalam menjalar ke bumi. Cuba ibaratkan kita di akhir-akhir zaman ini sebagai pucuk-pucuk pohon itu. Akar yang menyerap khasiat dari bumi, kita ibaratkan sebagai Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pasak agama kita. Dihubungkan pucuk pohon dengan akar oleh batang pohon yang kuat, ibaratnya sebagai tradisi ilmuan-ilmuan Islam sejak kurun terdahulu. Jika kita ingin mempercepatkan sampainya khasiat dari akar itu, mungkin kita akan memotong batang pohon itu agar pendeklah jaraknya. Namun apa yang mungkin terjadi pada seluruh pohon tersebut?

Pasti ia akan mati.

Maka, itulah pentingnya perubahan perlu mendasari Al-Quran dan As-Sunnah, namun tidak dilupakan bagaimana ilmuan-ilmuan Islam terdahulu lakukan. Walaupun mungkin tidak tercatat dalam lembaran sejarah, namun pasti kukuhnya daulah Islam itu kerana tertegaknya agama itu atas dasar tertegaknya agama dalam hati masing-masing.

Bagaimana menegakkan agama dalam hati masing-masing? Itulah perlunya kita pada sahabat-sahabat dan keluarga yang benar-benar memahami Islam secara sebenar, bukan sekadar pada pakaian atau protokol semata.

Bagaimana pula mendapatkan sahabat dan keluarga yang memahami Islam secara benar, dalam keadaan dunia yang cukup bercelaru ini? Itulah perlunya kita pada tarbiyah berpandukan sunnah Nabi Muhammad s.a.w kepada para sahabatnya, biar ia berbentuk usrah, halaqah, daurah mahupun riadah. Biarlah ia didasari atas dasar iman dan tarbiyah, agar kita tidak berubah semata-mata kerana polemik bangsa, perkauman mahupun negara semata-mata.

Marilah makmurkan dunia dengan perubahan, dengan mengubahkan diri kita dahulu dengan tarbiyah Rasulullah dan para sahabat.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1430H, semoga dengannya kita dapat membuat perubahan secara progresif dan dinamik pada diri kita.

"Hidayah Came in Bountifully!"


Assalamualaikum.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa pula yang dimaksudkan dengan tajuk ini? Agak kurang difahami bagi sesetengah orang...



Baiklah, kita lihat satu persatu. 'Hidayah' bermakna pemberian sesuatu peringatan atau kesedaran yang datang dari Allah s.w.t. 'Came In' pula bermakna datang sama ada secara disedari mahupun tidak. Kamus multimedia 'Consise English' memberi tafsiran perkataan 'bounty' sebagai 'literary something given or occuring in genorous amounts', atau sesuatu perkara/benda yang diberi atau yang terjadi dalam jumlah yang besar.

Secara kolektifnya, tajuk kali ini bermaksud "Datangnya Hidayah Dalam Jumlah Yang Besar."

Inilah yang akan penulis kupas secara ringkas kaitan tajuk ini dan kehidupan kita. Cuba kita renung sejenak kehidupan kita sepanjang hari ini, adakah ada benda atau sesuatu yang kita ingin-inginkan? Dan setelah menginginkannya, adakah terlintas di hati kita:

"Eysh! Kalaulah aku dapat kereta macam tu..."

"Wah, banyaknya A+ yang dia dapat! Kan best kalau aku pandai macam dia.."

"Banyak buku yang dia karang, harap-harap aku dapat jugak jadi pengarang sebuah dua buku.."

dan macam-macam lagi. Macam-macam ada.

Ada pelbagai impian makhluk Allah di muka bumi ini. Tidak semua harapan dan atau impian itu buruk, bahkan ianya adalah sesuatu yang baik bagi kita.

Tetapi...

Kadangkala kita sering menyangka semua yang kita impikan itu, jika kita dapat akan membawa manfaat bagi kita. Mungkin kita menyangka, apa buruknya kalau kita dapat apa yang kita inginkan? Dapat kereta idaman, keputusan akademik yang sangat, sangat cemerlang, dikenali ramai melalui tulisan-tulisan kita..

Benar semua itu, tapi perlu kita sedar, Allah s.w.t sendiri telah memberikan peringatan yang jelas kepada kita melalui firmannya yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Sesungguhnya firman Allah s.w.t itu sentiasa benar.

Melalui pengalaman, jika kita telah ditegah berkali-kali sebelum melakukan sesuatu perkara itu, bermakna perkara itu boleh memberi mudharat. Dan sebaliknya jika kita tidak diingatkan apa-apa, mungkin perkara itu bermanfaat. Tetapi tidak semuanya benar. Kadangkala benda yang kita suka itulah yang mudharat buat kita (spt. bermain game, keluar bersama kawan2 dll), dan perkara yang kita tidak suka itulah yang memberi manfaat sebesarnya pada kita (spt. membaca Kitabullah, menyimpan sedikit makanan untuk diberikan pd kucing atau bangun di penghujung malam utk beribadah.)

Tapi jika kita berkeras memekakkan telinga kepada semua ingatan itu, jangan lupa bahawa hidayah Allah tetap akan sampai, kadangkala 'sekelepuk' diberikan kepada hamba-Nya yang dipilih. Ini menunjukkan bahawa Allah masih lagi mahukan hamba-Nya bertaubat dan mengikut jalan-Nya. Sesungguhnya Allah itu tidak pernah leka akan setiap perbuatan hambanya, baik yang ia sedar mahupun tidak.

Hidayah itu boleh datang dengan kesedaran diri sendiri, atau disedarkan orang lain, dan tidak kurang ada juga hidayah yang datang secara kasar. Ini melalui pengalaman sendiri. Justeru, bagi setiap diri yang berpegang pada tali Allah, sentiasalah bermohon hidayah dari Allah, kerana biarpun seseorang itu selalu

Wahai Tuhan, sinarilah kami dengan cahaya hidayahmu, dan sinarilah seperti engkau telah menyinarkan matahari selama ini, dengan rahmat-Mu ya Allah nurri bihidayatik, wanurri bisyamsi abadan abada, birahmatik ya Al-Rahman Rahimin..

Iktibar Belanjawan Malaysia 2010


Assalamualaikum warahmatullah..


Ketika ditulis, seluruh penduduk Malaysia sedang bergembira dan menghitung-hitung bonus dan pelepasan cukai yang bakal diterima pada tahun hadapan, menerusi pembentangan Belanjawan 2010 yang diumumkan pada 23hb semalam. Untuk pengetahuan, antara pembaharuan benjawan yang diumumkan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I ialah:

(i) Pelepasan cukai untuk langganan yuran broadband sehingga RM 500 setahun bermula 2010

(ii) Pinjaman komputer untuk kakitangan kerajaan dinaikkan sebanyak RM 5000 setiap 3 tahun sebagai langkah meningkatkan celik IT

(iii) 20 sekolah akan dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi tahun hadapan, dengan peruntukan sebanyak RM 20 juta

(iv) PTPTN akan ditukarkan daripada pinjaman kepada biasiswa kepada peminjam yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama (First Class)

(v) 100,000 pelajar ijazah akan mendapat komputer riba dan langganan broadband sebanyak RM 50 sebulan; keutamaan untuk pelajar-pelajar Tahun Pertama

(vi) Pengenalan sistem subsidi petrol menggunakan MyKad, bagi mereka yang layak bermula awal 2010

dan lain-lain..

Inilah sedikit sebanyak perancangan kerajaan untuk tahun 2010 akan datang. Tahun hadapan akan menyaksikan kerajaan ingin meningkatkan bilangan celik IT dan internet dalam kalangan rakyat Malaysia. Satu pencapaian yang baik.

Namun, tidak lupa juga bahawa kita harus mengambil iktibar menyediakan belanjawan kita sendiri untuk pendidikan (bagi yang masih belajar), dan juga untuk keluarga kita sejak dari awal lagi. Ini membolehkan kita menganggar pendapatan kita dan perbelanjaan kita, adakah nilai pendapatan masih berbaki atau tidak? Kalau-kalau kita tiba-tiba ditimpa musibah, adakah kita boleh menanggungnya? Soalan untuk diri sendiri..

Tetapi, dalam kesibukan itu, ada juga belanjawan yang sesekali TIDAK boleh dilupakan, iaitu belanjawan untuk alam disana. Tidak, bukan wang ringgit yang menjadi medium pembelian, tetapi untuk menjadi bekal di hadapan Allah s.w.t. Itulah yang digelar amal soleh. Tidak wujud dalam aqidah kita penghantaran "wang kertas" seperti penganut Buddha untuk kegunaan si mati. Tetapi, yang laku hanyalah amalan kita yang tersisa di dunia.

Acapkali kita diingatkan bahawa dunia adalah tempat menunggu, sebelum dipanggil untuk ke akhirat. Sedihnya masih ramai yang memandang remeh perkara ini. Apa yang perlu dilakukan sebenarnya?

Jawapannya mudah sekali:
Galaslah tugas mengubah diri sendiri dan orang lain ke arah yang lebih baik, kerana itulah sebaik-baik tugasan.


Firman Allah Taala:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru kepada kebajikan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Dan mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya." (Surah Ali-`Imran: 104)

Ya, itulah ubatnya. Sebaik mana belanjawan yang dirancang kerajaan untuk memakmurkan negara, akan lebih baik jika rakyatnya turut menghayati bebanan tugas amar makruf nahi mungkar ini.

Sesungguhnya, Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat kekasihnya, Nabi Muhammad s.a.w. Dan antara yang diberikan-Nya ialah beban berdakwah kepada masyarakat. Bukankah itu tugas yang amat mulia? Sekiranya jawatan CEO syarikat itu yang terbaik, nescaya itulah yang akan diberikan kepada Rasulullah..

Fikirlah sejenak..

Salam beriman dan mengamalkan.

Presenting Dakwah in Multi Racial Surrounding

Assalamualaikum warahmatullah..
May this post is with you in the best of health, Insya Allah.

This is my first post in English language. May it helps to people who finds it hard to understand dakwah term in Malay or Arabic, and for others, it never hurts to learn a new language. Prophet Muhammad peace be upon him (pbuh) once said; “Learn other languages, so that you would not be cheated by others.” Languages can broaden our thinking and also our perspective to the world.

Presently at INTEC Shah Alam, where I am currently studying at, I find myself under an array of new situation. The mix of different races (Malay, Chinese and Indian), different ethnics (Melayu Banjar, Java, Iban and Kadazandusun) and even nationality (there is an Iranian girl, German and Japanese lecturers). This is completely new for me, as I have been in an all-Malay boarding school for 5 years before. I’m taking a few months of grace period before I can completely blends in with the people here.


The environment here is very much not like SDAR, my former school. Back then, 99.9% were Malays (>0.1% are Bumiputra, but not Malay), and if you say Malay, then of course they are a Muslim. It is not a problem to talk about Islam openly, recite Al-Quran in the public, or using Al-Quran or Al-Hadith verses in presentation assignments in class. In INTEC on the other hand, due to the multiracial background of the students, even the Islamic body here are barred from using ‘Islamic’ word on the organization. (It was named PSC instead, stands for Professional Student Society.)

Under these circumstances, if we wanted to continue the dakwah for the Muslims, it is better to resort to “Dakwah Bis-sir” (dakwah in secrecy), like usrah and others, from the opinion of Ust. Azizee Hasan (link). But if we want to try to present dakwah openly, there are also a few ways.

How to present Dakwah openly in multiracial surroundings?

1- Be a total Muslim yourself.
- By showing a good example to our friends, then is hoped that Allah may give them ‘hidayah’ to understand Islam better. Islam is a way of life, and ‘action can talk louder than words.’

2- Use every opportunity to showcase Islam
- In college life, you will always be bombarded with assignments by means of slideshow presentations or paperwork. Here, we can use these to tell other people the truth about Islam, or the current issues surrounding Islam, e.g. Palestine, terrorism-related issues or hijab.

3- Learn more about Islam
- By knowing more about Islam, we are better equipped to deal with questions from the non-Muslim who wishes to know more about Islam. We must know how to answer confidently and correctly. If there is something that we are unsure about, let them know so that we are not telling lies or anything that is not in par with Islam.


There are more that can be done to attract the non-Muslim. Most of them might be different than the others, depending on location or the situation of a particular person is. Sometimes, it seems that dakwah cannot be carried out because of the administration misunderstanding on Islam (or in my case, the AUKU), but we must believe that Allah will always help anyone who helps in His religion.

In Al-Quran, Surah Muhammad verse 7:
“O those who believe! If you help (religion-Islam) Allah, He will always help you back and also strengthen your post.”


Always remember, that leaving dakwah must never be an option. it is not dakwah that needed us, but we, each and everyone of us needed the dakwah.

Forum Kemerdekaan


Forum Kemerdekaan
Originally uploaded by ISMA SAK
"Memartabatkan Kesetiaan Bangsa, Mengimbau Sejarah Silam"


Assalamualaikum.

Kelmarin, ISMA Shah Alam-Klang telah menganjurkan Forum Kemerdekaan di Masjid Negeri Shah Alam, Seksyen 14. Inilah kali pertama ISMA secara rasmi menganjurkan sambutan kemerdekaan bersama-sama masyarakat, dan dalam bentuk yang lain dari yang lain. Forum ini telah dipengerusikan oleh Cikgu Asmadi, dan ahli-ahli panel yang cukup hebat dan berwibawa, iaitu Ust. Abdullah Zaik, Presiden ISMA, Ir. Ahmad Jais Alias, Pengarah IKIM.fm, dan En.Aminuddin, Setiausaha Agung ISMA.


Banyak perkara unik pada forum kali ini. Tema kerajaan untuk kemerdekaan tahun ini: "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan." ISMA pula membawa tema "Memartabatkan Kesetiaan Bangsa, Mengimbau Sejarah Silam."

Ada sedikit kontra?

Ya, inilah indahnya pandangan kemerdekaan dari perspektif pejuang Islam berbanding perspektif pejuang nasionalis semata. Forum ini banyak membuka ruang untuk berfikir mengenai bangsa dan agama kita. Rata-rata ahli-ahli panel sependapat bahawa kita, Melayu Muslim sedang kalah dan tunduk pada gelombang liberalisasi, globalisasi dan bermacam-macam sasi lagi yang meracuni pemikiran rakyat dan tidak terlepas, pemimpin-pemimpin kita juga. Malah, umumnya parti-parti politik kini sibuk memperjuangkan-tema-tema liberalisasi, dan identiti agama dan bangsa makin melenyap.

Di tengah-tengah kacau-bilau liberalisasi semasa ini, forum ini kembali menunjukkan jalan sebenar yang perlu diambil oleh segenap bangsa Melayu, termasuk orang Melayu yang hilang ke'Melayu'annya. bagi sesiapa yang tidak berkesempatan menghadiri forum ini, telah dicatitkan sedikit sebanyak ilmu bermanfaat yang penulis dapat daripada ahli-ahli panel.

Ust. Abdullah Zaik memulakan dengan masalah bangsa Melayu Muslim ketika ini. Beliau melihat bahawa ahli-ahli politikus kini ibarat tikus membaiki labu, kerana semuanya hanya membawa kepentingan parti politik masing-masing. Tiada parti politik kini yang benar-benar menyeru kepada Islam, dan hampir kesemuanya bercorak liberal dan sekular. Melayu Muslim yang akhirnya akan rugi serugi-ruginya kerana bangsa tiada lagi membawa makna bangsa. Disinilah ISMA memainkan peranan kerana Islam mempunyai banyak persamaan melebihi perbezaan ideologi politik. Politik Ar-Rasyidah, menurut Ust. Abdullah Zaik atau politik yang berteraskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w adalah penyelesaiannya.

Ir. Ahmad Jais Alias pula memberi contoh Kemboja yang bangsa Melayunya telah hilang identiti. Mereka mengaku sebagai keturunan Melayu Champa, namun apa yang tinggal hanyalah bahasa Melayu yang dituturkan generasi tua, yang belajar di pondok-pondok agama menggunakan kitab Melayu Jawi. Nama Melayu diharamkan kerajaan Kemboja, langsung melenyapkan kewujudan orang Melayu di sana. Ini akan berlaku jika identiti Melayu tidak dipertahankan, atau jika kita membiarkan gelombang liberalisasi bangsa diteruskan politikus-politikus masa kini. Ancaman luar termasuk media juga mengapi-apikan masalah ini, yang secara jelas membawa masuk pemikiran-pemikiran yang jelas menyeleweng daripada cara Islam, terutama untuk generasi muda. Beliau memberi misalan Said Hawa, yang memberi contoh TV itu ibarat pedang, pada anak ia amat berbahaya, namun pada yang mahir tidak mengapa. Mereka yang tidak tahu membezakan mana yang benar dan mana yang salah daripada media akan terpengaruh dengan sogokan mereka, dan disinilah media Islami memainkan peranan mengubah senario itu. Akhirnya, beliau menutp dengan kata-kata ringkas, iaitu "Jangan sekadar mengimbau sejarah, lakarlah sejarah baru masa hadapan."

Ahli panel ketiga, En. Aminudin mengaitkan momokan negatif terhadap orang Melayu yang selalu diulang-ulang, seperti Pak Pandir, Mat Jenin dan seumpamanya merendahkan pemikiran kita. Beliau kemudiannya membawa peserta forum menyelusuri kehebatan sejarah orang Melayu suatu ketika dahulu yang diterajui Kesultanan Melayu Muslim Melaka. Ketika itu, 2 kekuatan Melayu terbina, iaitu kerana pengangan Islamnya kuat dan kerana wujud paduan segenap rumpun Melayu. Perkara ini tidak mustahil boleh berulang lagi masa kini. Apa yang boleh setiap individu lakukan untuk mengembalikan kelebihan ini ialah dengan:

1) Memulakan perubahan diri dengan tarbiyah agama, kerana individu membina keluarga, masyarakat, dan seterusnya negara.

2) Mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, agar pemahaman tidak diputar belitkan.

3) Selalu mengembara melihat suasana yang berbeza daripada biasa, agar kita tidak terkongkong dengan persepktif takuk lama sahaja.

Inilah sebahagiannya yang dapat dicedok, mudah-mudahan memberi manfaat. Berdoalah kepada Allah S.W.T agar kita dikurniakan kekukuhan agama dan iman dalam hati, dan agar kesetiaan terhadap bangsa dan agama kita akan terus mengakar, mekar dan merimbun. InsyaAllah.

Salam Ramadhan Kareem.

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Kematian - Satu Permulaan Yang Dinantikan II

Assalamualaikum, dan salam Ramadhan Kareem..

Alhamdulilah, masih lagi Allah memanjangkan usia kita untuk tetap teguh di jalan dakwah ini. Salam Ramdhan Al-Mubarak buat semua, semoga madrasah Ramadhan kali ini dapat membajai kehidupan kita untuk mengharungi 11 bulan yang akan datang. Gunakanlah masa Ramadhan yang pendek ini untuk sama-sama memperbaiki diri kita, baik dari segi rohani mahupun jasmani. Insya Allah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Baik, terus kepada topik utama..
Ada yang bertanya, kenapa buat post pasal mati sebelum nie? Tak menarik la, tak kena dengan suasana, pelik dan bermacam-macam lagi. Dah tu, tajuk pula kaitkan dengan kematian dengan permulaan. Apa kaitannya?

Saya menjawab, tanyakan pada hati anda, apa jawapannya? Biasanya kita anggap mati itu sebagai pengakhiran kepada riwayat hidup, tapi kalau kita tanyakan pada hati dan akal yang bersih, sebenarnya mati itulah satu permulaan..

Tak faham?

Baik, sekarang cuba bayangkan kita akan pergi ke satu mukhaiyam (perkhemahan) di tepi sungai. Kita pun bersiap-siap mengemas baju mandi, baju sukan, kemeja, sabun, berus gigi, kasut, torchlight, kain pelekat... dan lain-lain. Kemudian, kita pergi ke mukhaiyam tersebut dengan segala persediaan tadi..

Dipendekkan cerita..

Tamatlah sudah mukhaiyam tersebut. Baju sudah kotor, kasut sudah berlumpur, baju mandi semua dah basah. Kita pun cakap, "Ahh, takpelah. karang sampai kt rumah, boleh basuh balik. Sumbat aje semua dalam beg.." Kemas punya kemas, kita pun balik dengan senang hati..

Sekarang, apa natijahnya perkhemahan nie dengan kematian?

Kalu kita lihat situasi hendak balik tadi, mukhaiyam telah berakhir. Persediaan kita pun ala kadar je, semua barang disumbat dalam beg. Mana yang ada, simpan, yang dah hilang, biarkan aje.. Sebaliknya, sebelum mukhaiyam bermula tadi, persediaan kita bukan main, kasut cantik, baju bersih, semua tampak kemas. Semuanya sebab kita tidak tahu apa yang akan menanti kita di mukhaiyam itu nanti. Persiapan perlu lengkap.

Nah, kalau kita anggap kematian satu pengakhiran, apa yang kita jadikan sebagai bekal? Baju kotor, kasut berlumpur semuanya ibarat dosa-dosa kita. Jika berakhir satu-satu program atau acara, kita buat ala kadar sahaja, sebab kita dah terlalu letih.

Inilah ironi yang perlu kita fahami. Kalau kita anggap kematian satu permulaan, kita akan bersedia secukupnya, sebab perjalanan masih jauh, jauh lagi. Bayangkan baju yang bersih, kasut yang tidak berlumpur itu semuanya amal soleh yang kita lakukan sebelum kematian kita. Namun, tiada bekal yang terbaik disisi Allah, melainkan taqwa kepadanya.

Firman Allah Taala:

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ


Mafhumnya: Dan siapkanlah perbekalan, dan sebaik-baik bekalan ialah taqwa.. (Al-Baqarah, 197)

Buat kesekian kalinya, marilah kita sama-sama mengingati kematian, kerana dengannya, kita akan lebih bersemangat untuk menggunakan masa yang ada ketika ini.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam terakhir, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ust. Asri dan kepada saudara mara kita dan sahabat-sahabat yang lain, dan ingat sesungguhnya kita akan bersama-sama mereka kelak.

Al-Fatihah.

Selamat beramal buat semua.

Kematian: Satu Permulaan Yang Dinantikan?



Salam bersahabat buat semua. Sudah lama rasanya tak mengetuk papan keyboard ini untuk memperbaharui post pada blog ini. Terima kasih pada mereka yang tak pernah putus-putus bertanyakan khabar blog ini. Semoga kalian dirahmati Allah, insyaAllah..

Ucapkanlah juga Alhamdulillah, kerana Allah masih memanjangkan umur kita semua, walaupun wabak selsema khinzir makin menular, kita masih tetap menghirup udara yang disediakan Allah dengan tenang, walaupun mungkin dibalik topeng muka.

Baru-baru ini, cuti mengejut melibatkan UiTM seluruh negara, termasuk INTEC Shah Alam selama seminggu kerana H1N1 membolehkan penulis kembali membaca akhbar, selepas hampir sebulah tidak mengetahui perkembangan semasa. Salah satu yang terlintas setelah membaca laporan akhbar mengenai penyakit influenza A (H1N1) yang popular ini, kita boleh renungkan bahawa Allah boleh mencabut nyawa dengan apa-apa cara pun, dengan ditembak ketika bersolat, kemalangan jalanraya, pelbagai penyakit kronik, dan kini Allah menghantar binatang yang tidak dapat dilihat, tetapi cukup meresahkan lebih 6 billion penduduk dunia ini.

Dengan binatang atau virus ini, kematian berlaku di mana-mana dan sesiapa sahaja boleh dijangkiti, hatta kanak-kanak mahupun orang dewasa yang sihat. Kini jelas sekali, semuanya begitu takut akan kematian, walau sedar akan hakikatnya, setiap insan pasti akan meninggalkan dunia ini.

Menulis mengenai kematian ini, cuba kita berfikir sejenak sahaja. Diberi perkataan maut, wafat, mati dan meninggal dunia, apakah yang pertama kali yang akan menerjah kotak pemikiran kita? Fitrah manusia apabila kematian tiba, sanak saudara akan berasa kehilangan, para sahabat rapat akan berasa hiba, malahan sesiapa sahaja yang mungkin pernah berjumpa dengan si mati sewaktu hidupnya, akan menyatakan simpati kepada warisnya. Gambaran kita, selepas kematian itu tiba, berakhirlah riwayat seseorang itu, segala sumbangan dan jasanya akan menjadi ingatan, dan segala kata serta hilai tawanya hanya tinggal kenangan.

Namun, sedarkah kita apabila terbebasnya roh dari jasad, ianya adalah satu permulaan?

Apabila malakatul-maut datang, perjalanan yang tiada akhirnya baru bermula. Kita yang 'menumpang' di dunia akan bergerak ke alam barzakh, kemudian apabila tibanya Yaumul-Qiyamah (Hari Kebangkitan) , akan bergeraklah semua hamba-hamba Allah dalam keadaan tidak berpakaian, keadaan sepertimana ketika kita dilahirkan dari rahim ibu. Pada masa itu, semua manusia pelbagai keadaan dan rupa masing-masing. Ada yang tenang berseri wajahnya, ada yang dalam resah gelisah yang amat, malahan ada juga yang berbentuk seperti haiwan yang teramat hina. Nauzubillahiminzalik.

Atas keadaan inilah, setiap hari kita berdoa kepada Allah sekurang-kurangnya 17 kali sehari:



مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ


Yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (Hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (al-Fatihah, 4-5)

Pertolongan Allahlah sahaja yang kita pinta ketika itu. Kemudian, kita akan dimasukkan dengan rahmat-Nya sama ada ke dalam Al-Jannah, ataupun dengan kemurkaan-Nya ke Al-Jahim..



Seseorang pernah bertanya kepada Imam Ahmad bin Hambal, salah seorang imam mazhab yang empat selepas beliau disiksa dengan teruk oleh seorang pemerintah kerana tidak mengikut perintahnya mengatakan Al-Quran itu makhluk, dengan berkata, "Bilakah masa tuan berehat?"

Jawab Imam Ahmad, "Aku akan berehat setelah kakiku melangkah di syurga."

Lihat, cukup indah kata-kata seorang yang tidak gentar pada kematian, malahan padanya, tiada masa di dunia ini untuk berehat. Bukanlah dunia ini menjadi tempat berehat, melainkan selepas maut mendatangi kita.

Inilah yang dimaksudkan oleh Imam Hasan Al-Banna, dalam kata-katanya yang cukup masyhur dalam kalangan para da'ie (pendakwah): "Kerja kita lebih banyak dari masa yang ada."

Harapnya, biarlah kematian yang entah bila tiba ini menjadi permulaan yang baik untuk kita. Penuhkanlah masa hidup untuk berdakwah, berbuat kebajikan atau apa-apa sahaja untuk mencukupkan bekal ke alam akhirat kelak. Bergeraklah dan bertindak sekarang, dan jadikan diri anda pemberi manfaat, bukan penerima manfaat semata.

Dan jangan lupa, akan datang jemputan untuk roh kita tidak lama lagi.


Innalillahi waiina ilaihi rajiuun..
Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali..

Remaja Dan Tarbiyah: Tiada Mungkin Boleh Dipisahkan




Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang budiman.
Segala puji bagi Allah kerana atas izin-Nya, masih mengizinkan kita untuk hidup ketika ini.

Bermula pada 6 hingga 9 Jun yang lalu, penulis telah berkampung di Hutan Lipur Ulu Bendul di bawah kaki Gunung Angsi, bagi menjayakan program Jambori Remaja Muslim Nasional. Julung-julung kali diadakan oleh Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) bagi peringkat nasional ini, penulis telah diberikan kesempatan untuk bersama-sama secara langsung dengan team urusetia dan fasilitator bagi program ini.

Sepanjang program yang berjalan selama 4 hari 3 malam ini, tidak terlepas daripada minda penulis bahawa kehadiran ke program ini merupakan aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Terus-terang pada mulanya agak keberatan untuk penulis meninggalkan keselesaan duduk di rumah dan pergi ke ceruk hutan untuk menyertai program ini, namun setelah melakukan istikharah dengan Al-Quran, akhirnya Allah s.w.t memberikan hidayah-Nya dan membuka hati penulis untuk bersama-sama lebih 290 orang peserta dan urusetia yang lain untuk bersama-sama menjayakan jambori ini.

Sepanjang menyertai program ini, penulis menjadikan diri sebagai fasilitator dan juga sebagai peserta program serentak. Menjadi fasi sebagai menunaikan tanggungjawab, dan menjadi peserta untuk mengenali lebih ramai peserta yang lain yang datang dari seluruh negara. Alhamdulillah, kebanyakan teman baru yang penulis temui berasal dari Shah Alam dan Klang, dan ada yang datang dari jauh di Kedah, dari Perak dan lain-lain negeri. Sebelum ini, penulis seringkali berdoa moga dipertemukan dengan teman yang boleh dijadikan sahabat dunia dan akhirat, dan rasanya telah dikabulkan doa itu oleh Yang Maha Pemurah.

Antara sahabat yang sempat penulis kenali dengan rapat pada jambori ini ialah saudara Iqwan, Danial dan Ishak yang datang dari ISMA cawangan Shah Alam/Klang, dan saudara Najid dan Habib dari Kedah yang selalu didengari nama mereka, namun belum pernah bersua. Maafkan pada yang lain yang nama mereka tidak tertulis di sini. Apa yang menarik, walaupun setiap daripada mereka berasal dari tempat yang berlainan, setiap kata-kata dan pemikiran mereka senada dan seirama, semuanya begitu matang dan petah memperkatakan tentang dakwah dan tarbiyah.

Benarlah firman Allah Taala, bahawa setiap mereka yang menyerahkan diri sebagai penyeru kepada jalan Allah, akan menetapkan diri mereka pada satu jalan sahaja:


Mafhumnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Surah Yusuf-108)

Mungkin terdapat prejudis mengenai erti dakwah dan tarbiyah untuk sesetengah orang, namun itulah sebenarnya lumrahnya, kerana dakwah itu duka, sukar dan penuh halangan. Jika masih belum ditemui kesukaran dalam berdakwah, sukarlah untuk kita menemui kemanisannya. Tetapi harus diingati, Nabi Muhammad s.a.w tidak berdakwah sendirian, tetapi dengan para sahabat radiallahuanhum yang lain. Hikmahnya, carilah sahabat yang baik untuk memulakan dakwah, biarpun dakwah itu hanya untuk diri sendiri.


Pengakhirannya, setiap remaja memerlukan tarbiyah, tanpa mengira jika anda seorang pelajar yang akan ke luar negara, anak seorang yang kaya-raya, remaja miskin di celah-celah rumah setinggan, ataupun sesiapa sahaja yang anda rasakan siapa diri anda. Jangan pisahkan diri anda dengan tarbiyah atau pendidikan mengenai agama, kerana remaja dan tarbiyah, tiada mungkin boleh dipisahkan..


Siapakah Belia Pada Masa Hadapan?



Assalamualaikum dan salam bersahabat.

Maafkan kerana sedikit terlambat membuat post yang baharu, semoga post-post yang terdahulu memberi kebaikan kepada kita bersama.

Satu perkara yang berlaku pada minggu ini telah membuat penulis terfikir, iaitu ketika hebohnya kes-kes ragut dan kes pembunuhan di dalam rumah, dipercayai dilakukan oleh 'mat rempit' atau kini dipanggil 'samseng jalanan' dan penagih dadah. Jika kita membaca dengan teliti, umur mereka yang terlibat dengan kes-kes ini masih muda belia, sekitar 20-30 tahun. (Takrifan belia di Malaysia ialah mereka yang berumur 16 tahun hingga 40 tahun.)

Tetapi, satu hikmah yang boleh dilihat daripada kejadian-kejadian ini ialah masyarakat mula mengambil berat kembali mengenai keadaan belia-belia di Malaysia, dan itu ditonjolkan dalam khutbah Jumaat yang disampaikan tempoh hari di masjid-masjid sekitar negeri Johor.


Khutbah Jumaat yang disampaikan di masjid-masjid seluruh Johor pada 22hb Mei yang lalu bertajuk "Belia Benci Dadah." Mungkin ada di antara para pembaca berpendapat itu hanyalah tajuk yang biasa, dan mungkin sebahagian yang lain berpendapat bahawa itu merupakan slogan yang sengaja dibuat oleh parti-parti politik, dalam usaha mencari sokongan golongan muda. Wa'llahualam. Tetapi, melalui khutbah yang disampaikan tempoh hari, terdapat beberapa petikan khutbah yang boleh kita jadikan renungan, terutama untuk golongan belia.

Khutbah itu dimulakan dengan petikan kata-kata ulama terkenal kontemporari, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, iaitu: "Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah pada golongan belianya. Jika baik akhlaknya, maka akan baiklah masa depan negara itu. Tetapi jika sebaliknya, maka negara tersebut akan lenyap."

Jelas sekali jika dilihat para belia masa kini, apakah yang mungkin terjadi dalam tempoh 20 atau 30 tahun lagi? Siapakah yang bakal memerintah negara nanti? Adakah dia seorang yang beriman, tawadhuk, baik amalannya, atau seorang yang bakal memporak-perandakan negara dengan amalan rasuah, pengkhianatan amanah atau pemimpin yang hanya tahu bercakap tanpa tindakan? Jika pemimpin ini yang kita inginkan, maka tidak akan ada keredhaan Allah keatasnya, dan juga kepada pengikutnya, kerana Allah sendiri berjanji tiada kerahmatan ke atas pemimpin yang zalim.

Firman Allah s.w.t:

Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: (Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan). Allah berfirman: JanjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim. (Surah Al-Baqarah: 124)


Namun, jika yang kita inginkan ialah pemimpin yang baik dan adil, maka belia pada ketika ini perlulah diingatkan mengenai keperluan dan kepentingan ilmu-ilmu agama dan kepimpinan. Cukuplah belia ketika ini dilalaikan dengan program-program hiburan seperti AF, Mentor, atau dengan program sukan seperti English Premier League (EPL), UEFA Cup dan yang sewaktu dengannya.
Tanyakan kepada belia-belia, "Adakah dengan ini semua akan membantu di Akhirat yang Kekal Abadi kelak?"


Khutbah Jumaat ini turut menyentuh tentang tanggungjawab membentuk belia harus dipikul oleh semua pihak, tanpa mengira sama ada mereka adalah ibu bapanya, guru di sekolah, seorang imam masjid, pekedai runcit, jiran sebelah rumah, tukang masak atau pengawal keselamatan. Mengapakah demikian? Ini kerana belia akan berinteraksi dengan masyarakat di sekelilingnya dalam kehidupan, jadi jika baik persekitarannya, akan baiklah sikap belia itu. Dan keadaan akan berubah jika sebaliknya berlaku. Oleh itu, cara terbaik untuk masyarakat membantu belia adalah dengan membantu diri mereka sendiri, dengan cuba mewujudkan suasana kebaikan dan menunjukkan teladan yang baik kepada belia.

Imam Ahmad, Muslim, Tirmizi, Nasai'e, Abu Daud dab Ibnu Majah meriwayatkan daripada Jarir r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa menunjukkan jalan yang baik dalam Islam, maka baginya pahala dan juga pahala orang yang beramal selepasnya tanpa dikurangi pahala mereka sedikitpun.
Dan barangsiapa memulakan jalan yang buruk dalam Islam, maka atasnya dosa dan juga dosa orang yang beramal selepasnya tanpa dikurangi dosa mereka sedikitpun."

Dan siapakah orang yang paling sesuai menasihati dan membimbing belia itu? Sudah tentulah belia sendiri. Oleh itu, kawan kepada belia amat penting, maka pilihlah dengan hati-hati kerana tersalah pilih, kita akan menderita di Akhirat nanti. Jadilah rakan yang bermanfaat, kerana sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.


Menutup nukilan kali ini, penulis ingin berkongsi sebuah kisah:

Seorang ustaz bertanya kepada seorang remaja, "Apa manfaat yang ditinggalkan pokok kelapa selepas ditebang?" Remaja itu menjawab, "Daunnya dijadikan bekas ketupat, batangnya dijadikan titi, nyirunya dijadikan gula, airnya diminum."

Kemudian ustaz tersebut bertanya lagi, "Bagus. sekarang ana nak tanya, apakah manfaat yang awak ditinggalkan selepas awak meninggal dunia?"

Cuba bayangkan jika anda ditanya soalan itu, apakah manfaat yang akan anda tinggalkan? Ilmu yang bermanfaat? Kebaikan yang berpanjangan? Ataukah ia teknik-teknik ponteng kelas yang berkesan, atau cara meniru dalam peperiksaan? Segalanya ditangan anda, buatlah pilihan sebelum nafas yang terakhir dihembuskan.

Apakah kamu tidak mahu Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah An-Nur: 22)

Berjaya Dengan Berdakwah



Assalamualaikum buat sahabat blog..

Ingin penulis mulakan dengan kalimah petikan daripada surah Muhammad ayat 7, yang mafhumnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad, 7)

Setiap manusia tentunya menginginkan kejayaan sentiasa bersama-sama mereka sepanjang hayat. Kejayaan pada kita sudah pasti menjanjikan ganjaran, kepuasan, kehormatan, dan segala macam nikmat lagi...


Namun, kejayaan tidak semudah seperti bibir yang mengucapkan. Kejayaan memerlukan pengorbanan. Atas dasar itulah, kejayaan akan cuba dicapai, walau dengan apa cara sekalipun. Biarpun dengan keinginan itu bermakna perlu menghadiri kursus motivasi berminggu-minggu atau mengulangkaji pelajaran hingga dinihari. Malahan, ada juga yang sanggup mengamalkan pelbagai teknik-teknik khas sama ada cara zahir mahupun batin, seperti berjumpa dengan bomoh-bomoh hikmat unuk mendapatkan air jampi, memakai tangkal dan meminta bantuan selain dari-Nya. Nauzubillah.

Tetapi, tidak selalu kita mendengar seseorang itu berjaya dengan berdakwah. Pasti jika kita melihat kepada orang di sekeliling kita ataupun rakan-rakan kita sendiri, kebanyakannya yang berjaya adalah orang yang selalu belajar, rajin bertanya di dalam kelas, ulat buku dan sebagainya. Tetapi mencari seseorang yang berjaya dengan berdakwah, ibarat mencari semut hitam di dalam gua yang kelam. Namun yang pasti, semut hitam itu akan tetap ada di mana-mana sahaja, walaupun mata kasar tidak melihatnya. Malahan, Allah s.w.t telah menjanjikan kejayaan kepada sesiapa yang dipilihnya untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t di muka bumi ini.


Firman Allah s.w.t:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Surah Ali-Imran, 104)


Bukan untuk berbangga-bangga, jauh sekali untuk berasa riya'. Tetapi alhamdulillah, penulis sendiri merasai kebenaran janji Allah s.w.t ini. Penulis percaya dengan berdakwah, kejayaan itu insya-Allah akan berada dalam genggaman. Berdakwah itu mudah, sama ada kita merancang sesuatu program yang membawa kebaikan, itu dikira melakukan berdakwah secara tidak langsung. Apatah lagi jika kita membawa usrah atau halaqah-halaqah ilmu, semuanya dikira berdakwah juga.



Jika kita tidak mampu melakukan seperti diatas, cukuplah sekadar menyampaikan perkara kebaikan pada kawan kita atau mengingatkannya agar menjauhi perkara mungkar, itu bermakna kita sudah menyampaikan dakwah. Kisah berikut adalah contoh mudah:


(Azim dan Farid sedang berjalan-jalan, lalu terserempak dengan seorang pengemis. Azim memberinya sedikit wang, dan dia berlalu. )


Farid : Eh, kenapa anta bagi duit kt dia? Itu mesti sindiket orang mintak sedekah tu.
Azim : Takpelah.. Ana ada rezeki lebih sikit, ana hulurlah pada dia.
Farid : Tapi mana tau pengemis tu beli dadah ke, rokok ke..
Azim : Hish, anta nie.. Kita kena selalu bersangka baik dengan orang, walau macam mana rupa luarannya. Anta suka tak kalau orang bersangka buruk pada anta?
Farid : Mestilah ana tak suka.
Azim : Jadi, kita juga kena selalu bersangka baik pada orang lain. Allah akan membalas setiap amal soleh hamba-Nya, walaupun sekadar berfikir yang baik pada orang lain.
Farid : Terima kasih anta ingatkan ana. Insya-Allah ana cuba bersangka baik selepas nie.



Lihat, siapa kata berdakwah itu sukar? Dakwah tidak memerlukan jubah panjang dan berserban, tetapi ilmu itulah yang lebih penting. Biarlah kita bermula dari sedikit, dan lama-kelamaan, semangat berdakwah akan terus subur dalam jiwa kita, dan akhirnya kita mampu menjadi mas'ul dakwah yang berjaya.


Walau bagaimanapun, cara berdakwah yang terbaik tentulah dengan mengikuti jejak yang pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., iaitu dengan memiliki usrah atau halaqah. Tidak boleh tidak, kita akan tetap memerlukan suatu usrah atau halaqah untuk sentiasa memastikan kita memiliki momentum dakwah yang selalu diperbaharui. Tetapi jangan lupa, orang yang berdakwah ini akan selalu dipandang serong oleh kawan-kawan dan masyarakat. Dengan usrah inilah kita akan kembali mendapat semangat untuk terus dan terus berdakwah.


Semoga kita akan lebih terbuka dalam mengejar kejayaan selepas ini. Yakinlah bahawa setiap kejayaan itu berada dalam genggaman Allah s.w.t, dan pada-Nya lah segalanya ditentukan. Namun jangan dilupakan juga, kejayaan yang hakiki adalah ketika kita melangkah ke Jannah-Nya yang indah...




Insya-Allah.

RuPa AgAmA IsLaM...

Dipetik daripada Ingatan (ingatan@yahoogroups.com)


Salam sahabat blog...




Just nak kongsikan satu e.mail OK terima melalui respeks_group. Elok sangat sebagai peringatan buat diri kita sebagai muslim yang sentiasa lalai dari agama Allah. Jom hayati bersama... Terima kasih pada pengirim e.mail.

Bagaimana RUPA agama Islam?

Tentu korang pernah mendengar kenyataan dari kawan2 korang seperti:

Eh, tadi aku jumpa org rupa dia sebijik macam engkau...'
Suami saya dulu, sama rupa macam awak...'
Awak ada iras2, rupa nenek saya ler...'
Rupa awak macam pelakon terkenal Yassin senario' ler..'
Betul ni, rupa jiran aku sama 'sejibik' macam engkou...' he he he

Hari ni aku nak cerita pasal rupa agama? Korang dah lama memeluk agama Islam, tapi tahukah korang akan bagaimanakah bentuk rupa agama Islam itu?

TIGA BENTUK RUPA UGAMA...

Adapun rupa agama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan. Yg mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan ternampaklah rupa bentuk agama Islam.

Rupa agama penting kerana bisa menarik perhatian bukan Islam ke arah Islam, secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya Islam itu apabila ternampakakan rupa sebenar agama Islam.

Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara Islam?

Aku kata:

Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasar malam.

Kenapa?

...kerana di situ ada amalan pasar malam, apa amalan pasal malam? Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib? tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama... sebab dah tak ada amalan pasar malam...!!!

Jadi...

Di Malaysia tempah tumpah darah aku ni, sesetengah tempat memang macam negara Islam? sesetengah tempat memang macam semacam? macam setan!!! Oh... tepuk dada tanya iman?
Oleh yg demikan adalah penting kita org2 Islam mewujudkan amalan Islam yg boleh di katakan sebagai rupa Islam!!!

Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama?

Pertama :...

SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU ( di rumah) La ni, apa jadi? Malaysia Negara Islamkah jika banyak masjid kosong tidak berpenghuni?

RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG, RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG?'

Sekarang ni, trend org muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan panggung wayang, maklumlah ada cerita 'Superman return'(bayar tu!) tapi masjid jadi 'blankmosque' ? free apa!!!
Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau org kafir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,

Satu cerita daripada encik setan (lebih kurang maksud) :

'Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah, tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai
3 kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang) ' terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?'





Dah tentu aku jawab :

"Aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usaha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu"

Oh?

Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:

Apabila 25% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? maka ahli2 maksiat akan membuat maksiat secara sembunyi2... (oh.. .patutlah sekarang ni org berani buat maksiat terang-terangan)

Apabila 50% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? maka wanita akan tutup aurat automatik. (cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org Islam solat berjemaah hampir 75%, apa jadi?, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, ditanya, kenapa? Diorang jawab, "Hari ni kan hari Jumaat.."

Yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?...

Apabila 75% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? Maka Allah akan campakkan kegerunan org kafir kepada Islam. Patutlah Bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat Islam, apa nak heran dengan nuclear? Bom takde kuasa, yg berkuasa hanya Allah!!!)

Apabila 100% org Islam mula solat berjemaah 5 waktu ? Maka orang Islam akan memerintah dunia. Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka memerintah dunia?... rujuk masjid mereka bagaimana?

Huh... sekarang umat Islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar, masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha dibuat!!

Saidina Umar R.a bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid? Jika nak tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid mereka, penuh atau tidak? isk isk?

Kedua :...

" ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT "

Dulu2 pada zaman sahabat Nabi SAW menurut riwayat.. jika melewati rumah2 mereka diakhir malam... maka akan kedengaranlah bunyi org menangis seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. Malam ini, jika korang pergi jalan kat kawasan perumahan org org Islam, apa yg korang dengar? Senyap ajer? Tiba-tiba :

GOAL!!!!!!!

Terkejut berok eden dibuatnyer!! ! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat...

Ingat pesan Kak Pah:

' Carilah ketenangan dalam diri sendiri... Munajat disepertiga malam.. '

Isk. isk. isk...

Ketiga :...

ADA SUASANA UGAMA IAITU:

" LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH ". " WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH ". "KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH."

Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg paling kuat? Ada mereka cakap Allah yg kuat atau apa?

Budak2 cakap: Naroto dari kampung Kahonalah (macam bunyi Hindustan je..)... aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, > Tsunade!!!
Oh... ummat sedang menderita?

Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya mereka siapa yg paling kuat?
Wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan kotoran!!! Aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler?

Oh... ummat sedang menderita?

Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa yg paling kuat? Lelaki2 cakap: Brazill... pasukan samba, paling kuat!!! Aku kata: cis, apa pulak, Manchaster United la, pasal ade Rooney!!!

Oh... ummat sedang menderita? ? Termasuk aku...

Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk Islam, tapi akhirnya masuk Islam jugak, tanya suaminya kenapa? Beliau berkata: Pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah disembah dengan selayak-layaknya?

Aku ulang:

MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!

Oh... kerana itulah berpuluh2 tahun bangsa Cina dan India yg duduk kat Malaysia yg rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk masuk agama Islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan selayaknya.. .

" KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA? ! " KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA? !! " KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA? !!!



Kerana itu juga pada zaman itu org bukan Islam telah datang berbondong-bondong pada agama Islam kerana para sahabat RA, mereka REDHA dengan ALLAH, dan ALLAH redha dngan mereka!!!

Mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di seluruh dunia dan akhirat.

Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2 kampung... maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan rahmat untuk kampung itu, dan... jika tiada ketiga2 amalan ini pada mana2 kampung/daerah/ negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana, yg mana jika ada org2 alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu diazab!!!
(Hadith riwayat Aishah radiallahuanha )


YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN
MENYEMBAHMU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA. ..
AMIN... YA ROBBULALAMIN


Rasa Hati : Lemah

Maafkan jika bahasa sedikit kasar...

10 Identiti Muslim: Mampukah Kita?




Assalamualaikum warahmatullah..
Salam takzim dan ziarah buat semua.

Sekadar menyampaikan. Ramai orang mengetahui tentang 10 ciri peribadi Muslim seperti yang dilakarkan di atas, namun tidak kurang juga yang mampu mengamalkannya. Oleh itu, ingin penulis berkongsi mengenai keprluan ringkas setiap peribadi ini, seperti mana yang pernah ditulis oleh As-Syahid Hassan Al-Banna rahimullah. Semoga kita dapat beramal dengannya, insyaAllah.


1. Aqidah Yang Sejahtera (Salimul Aqidah)
• Seorang muslim haruslah memiliki aqidah (pegangan) Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tulen, tanpa ada sebarang tokok tambah atau terlampau mengagungkan seseorang tokoh.
• Penyucian aqidah adalah perkara paling mustahak untuk dilakukan kerana tanpa aqidah yang tulen, segala amalan kita akan ditolak oleh Allah s.w.t


2. Ibadah Yang Benar (Sohehul Ibadah)
• Ibadah tidak hanya bermakna perlakuan seperti menunaikan solat dan membaca Al-Quran, tetapi juga merangkumi setiap perkara harian seperti membaca buku, membasuh pakaian dan menaiki kenderaan.
• Tetapi ibadah ini perlu memenuhi satu syarat, iaitu ia perlulah dilakukan dengan niat semata-mata kerana Allah.
• Hadith Nabi s.a.w:
“Tiap-tiap amal bermula dengan niat, dan bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang ia niatkan.” (Mutaffaqun Alaih)


3. Akhlak Yang Mantap (Matinul Khuluq)
• Seorang Muslim haruslah memiliki perlakuan seharian berlandaskan kepada
peraturan Al-Quran dan Al-Hadis, seperti tidak bersangka buruk, berhasad
dengki dan berdendam.
• Paling utama, akhlak antara lelaki dan perempuan perlu dijaga sebaik-
baiknya, dengan tidak bercinta sebelum berkahwin, tidak kerap berSMS dan
bercakap-cakap tanpa sebab dibenarkan, kerana semuanya menghampiri zina.


4. Luas Pengetahuan (Mutssaqoful Fikri)
• Setiap ilmu perlulah dimiliki oleh umat Islam, meliputi ilmu-ilmu duniawi
dan ukhrawi. Janganlah mempelajari ilmu untuk sekadar lulus peperiksaan
semata-mata.
• Ilmu pengetahuan bukan diukur dengan kedudukan di dalam kelas atau keputusan dalam peperiksaan sahaja, tetapi lebih kepada pengamalan ilmu tersebut.


5. Sihat Tubuh Badan (Qawiyun Jismi)
“Al-Aqlus salim, fil Jismis salim.” Akal yang cerdas berada pada badan yang
yang sihat. Apabila tubuh badan ditimpa sakit, waima sekadar selsema sekalipun, mampu membantutkan segala akiviti seharian, termasuk beribadah.
• Dengan tubuh yang sihat, seseorang muslim dapat beribadah lebih baik dan
juga dapat membantu orang lain.


6. Mampu Berdikari (Qadiran Ala Qasbi)
• Berdikari menjadikan seseorang muslim itu lebih matang menghadapi kehidupan. Suasana dunia sekarang menuntut seseorang itu bersedia berhadapan dengan pelbagai senario kehidupan, daripada tempat belajar hingga dalam bergaul dengan masyarakat.
• Seorang muslim itu juga harus memiliki prinsip hidup yang jelas dalam kehidupan, agar dia tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana anasir yang memburukkan, terutama yang membawa agenda memburuk-burukkan Islam.


7. Melawan Hawa Nafsu (Mujahadah Li Nafsih)
• Seorang muslim itu harus mempunyai kekuatan menolak godaan hawa nafsu, yang secara natijahnya selalu mengarah kepada kejahatan dan membawa dosa.
• Cara terbaik mengekang nafsu adalah dengan mengamalkan berpuasa dan selalu memohon perlindungan Allah daripada godaan nafsu dan syaitan.


8. Sangat Menjaga Masa (Harisun Ala Waqtih)
• Menepati masa menjadi salah satu ciri penting seseorang muslim, kerana setiap saat itu tidak akan berulang kembali.
• Hadith Nabi Muhammad s.a.w daripada Abdullah bin Abbas r.a:
“Ada 2 macam nikmat yang sering disia-siakan manusia, iaitu nikmat
kesihatan dan kelapangan masa.”



9. Tersusun Urusannya (Munazzoman Li Syuunih)
• Muslim yang bijak akan selalu memenuhkan masanya dengan program-program berfaedah secara istiqamah, dan tidak akan membiarkan masanya terbiar tidak terisi begitu sahaja.
• Contoh pengisian masa muslim yang bijak ialah memastikan diri istiqamah membaca Al-Quran selembar sehari, mengamalkan solat Dhuha dan Witir, menyiapkan tugasan dengan sempurna, dan tidak menangguh-nangguhkan kerja.


10. Bermanfaat Kepada Orang Lain (Nafian Li Ghairi)
• Seorang muslim itu akan memberi manfaat kepada orang lain, daripada peribadinya hinggalah kepada ilmu yang ia miliki.
• Muslim itu akan berusaha bersungguh-sungguh memenuhi keperluan saudaranya (ithar) lebih daripada keperluan dirinya sendiri. Malahan, dia akan berasa kekurangan jika tidak mampu membuatkan sahabatnya gembira.


Sadaqallah hul azim...

Rehatkan minda sebentar..


Baiklah, selepas membaca petikan di atas, cuba anda jawab soalan di bawah:

"Adakah mampu aku memiliki semua sifat ini?"

(A) Ya, saya mampu memiliki kesemua sepuluh sifat tersebut.

(B) Tidak semua sifat-sifat ini saya mampu miliki.

(C) Tiada satupun sifat-sifat ini ada pada diri saya.




Apakah yang mungkin menjadi jawapan anda? Adakah A, B atau C? Semuanya di tangan anda.

Berikut adalah tafsiran peribadi kepada jawapan-jawapan anda.

Pilihan Jawapan: A
Jika jawapan anda adalah A, maka hendaklah anda bersyukur, kerana bukan calang-calang orang mampu menjadi seperti anda. Walau bagaimanapun, tidak semestinya kehidupan anda akan tenang hingga ke akhir hayat. Anda perlu bersedia, kerana orang yang mengaku mereka beriman bakal menerima ujian demi ujian daripada Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut, Ayat 2-3


Pilihan Jawapan: B
Jika jawapan anda adalah B, maka anda juga perlu bersyukur kerana anda telah diberikan hidayah oleh Allah s.w.t. Walau bagaimanpun, anda haruslah cuba sedaya mungkin untuk cuba memenuhi kesemua ciri-ciri di atas, sebagai manifestasi anda cuba memperbaiki amalan anda kepada Allah s.w.t.

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
-Surah Al-A’raf, Ayat 56


Pilihan Jawapan: C
Jika jawapan anda adalah C, maka anda juga perlu bersyukur kepada Allah. Anda telah ditakdirkan oleh Allah untuk mengenali peribadi yang sepatutnya ada pada seorang muslim yang sejati. Kini, anda hanya perlu mengorak langkah yang pertama untuk berlumba bersama yang muslim lain dalam mengejar kebaikan yang melata di muka bumi ini.

Firman Allah s.w.t:
“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari Kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
-Surah Ali ' Imran, Ayat:114

Kata pujangga:
Jika tidak mampu amalkan semuanya, jangan tinggalkan semuanya.. :)

Selamat beramal!

Mengimbau Kenangan, Seribu Pengalaman Di SDAR

Bismillahir rahmani rahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..


Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah Subahhana WaTaala, dan selawat serta salam kepada junjungan yang tercinta, Nabi Muhammad sallalah alaihi wassalam.

Alhamdulillah, selepas berkampung hampir seminggu di sekolah, dengan izin Allah tamatlah juga program yang dirancang sejak awal tahun lagi. Siapa sangka, baru beberapa bulan melangkah kaki meninggalkan alam persekolahan, kini dipanggil semula untuk menyumbang sedikit bakti kepada sekolah. Semoga Allah menerimanya sebagai amal soleh di akhirat kelak. Amin..


Peluang bekas-bekas pelajar SPM di SDAR untuk mendidik adik-adik di Tingkatan 1 ini amat-amat jarang ditawarkan, malah inilah pertama kali usaha ini diadakan, dan juga pertama kali penulis menjadi pengelola kem (baca:kursus) ini. Mungkin, sepanjang program yang berlangsung ini, masa yang paling memberi pengalaman kepada penulis adalah ketika berhadapan dengan 100 orang peserta program, ditambah lagi dengan beban menguruskan segala perkara yang berkaitan.

Seringkali teringat kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang tidak terlepas dihisab, walaupun telah memerintah dengan amat baik dan dalam tempoh yang amat singkat. Apakah amanah ini telah dijalankan sebaiknya? Hanya Allah yang lebih mengetahui..

Disini dikongsikan pengalaman penulis mengenai Kem Tunas Muda '09 di Sekolah Dato'Abdul Razak (SDAR), Seremban, anjuran bersama Badan,Agama Dakwah, Akhlak dan Rohani (BADAR) SDAR dan Alumni Pelajar SDAR.

Terus kepada cerita sebenar...

Rabu, 8hb April

Bertolak daripada Kluang, Johor pada pukul 12 tengahari, selepas perjalanan keretapi ditunda hampir 3 jam. Sampai sehari awal berbanding teman2 yang lain, memang terasa sedikit kekok untuk kembali ke sekolah, apatah lagi dengan tempat tidur untuk malamnya masih tidak diketahui. Tetapi, segalanya ditentukan Allah, kerana dapat bermalam bersama-sama di dorm S-15 dengan 'dormmate' tahun lepas. Terasa macam tengah bersekolah lagi.. Seronoknya, penulis bebas sikit berbanding teman-teman se 'dorm' lain, sebab tidak perlu ke kelas. Malamnya, pergi ke kedai makan dengan 'kawan-kawan' yang diseludup keluar (hehe), dengan kereta yang dipinjam drpd Ust. Azizee.

Khamis, 9hb April

Alhamdulillah, dengan lesen P yang tidak sampai seminggu dimiliki, dapat juga melancarkan sikit program ini. Siapa yang tak takut membawa kereta Kancil (terima kasih lagi Ust.Azizee) ke tengah-tengah bandar Seremban tu? Memang ibarat kata pepatah, "Rusa masuk kampung." Cumanya, nie kereta Kancil, tapi company yang buat kereta Rusa dan Kancil tu sama kan? Hehe.. Selepas mengelak pelbagai kenderaan berat di highway Senawang-Seremban, dapatlah menjemput Jubek di terminal 1, sambil2 makan roti canai di Restoran Negeri.

Setelah rakan-rakan yang lain tiba petang tu, mulalah kami buat persiapan terakhir dengan taklimat, briefing dan perubahan drastik tentatif jadual. Pada mulanya, hari Sabtu direncanakan tiada program, namun Allah menetapkan segalanya. Sekolah membenarkan juga sedikit usaha agama ini untuk pelajar tingkatan 1, membolehkan semua perancangan asal sejak awal tahun berjalan semula.

Jumaat, 10hb April


Taklimat Kem Komandan II, Abd Rahman


Bermulalah program.. Lagu keramat 'Jalan Juang' dijadikan lagu tema kem ini. Dalam LDK pertama, penulis dikenalkan dengan adik2 Kumpulan 7, iaitu Alif Haikal, Razzaq, Rizwan, Akmal, Razmi, Azfar dan Naqib. Dengan merekalah penulis mengharungi kem selama 3 hari ini. Daripada merekalah juga penulis mendapat tahu bahawa mereka mencatatkan rekod intake paling banyak dalam sejarah, iaitu melangkah ke intake ke-6 atau 7. Maafkan jika tersalah maklumat.


Peserta-peserta program

Pada malamnya, penulis terasa kembali menjadi pelajar semula ketika qiyamulaill dijalankan di Masjid Al-Quds. Jika dahulu, rasa mengantuk ketika solat amat mengancam keseronokan dalam beribadah. Namun, semakin mendaki usia, semakin manis rasanya beribadah ketika dinihari ini. Walaupun rata-rata pelajar berusaha menahan mata daripada tertutup, ramai juga yang tumbang..

Sabtu, 11hb April

Sepanjang program, rasa sakit tekak dan batuk kerana kerap bersuara tinggi tidak dapat ditahan. Terutama ketika bermain bola dengan berkain pelikat. Bukan menjerit kerana marah, tetapi untuk memeriahkan suasana. Dua perkara yang cukup berbeza.. Hehe.. Sekurang-kurangnya, dapatlah juga menghiburkan diri dan yang lain..

Rancangan membina monumen tercantik menggunakan suratkhabar untuk slot 'Shift Your Paradigm', berubah menjadi mimpi ngeri apabila bahan perekat habis. Dengan kreativiti yang tidak seberapa, dapatlah juga dibina sebuah 'masjid senget', dalam keadaan yang amat mengundang simpati (atau kelakar) pada sesiapa yang melihatnya. Ramai yang menganggap binaan itu sebagai gajah, ada juga seperti bangunan yang telah dijatuhkan bom keatasnya. Ape-apelah, asalkan program itu masih berjalan dengan baik.

Petang tersebut, pertolongan Allah tiba apabila hujan yang turun dengan lebat sewaktu azan Asar berkumandang, mulai reda ketika permainan bola sepak berkain pelikat hendak bermula. Walaupun dalam keadaan padang yang basah, permainan tetap diteruskan. Terpancar wajah-wajah keseronokan pada para fasiliator dan peserta.

Sebelum Beriadah

Selepas letih beriadah, malam pula menjelma..
Masa yang menyeronokkan tentulah ketika kuliah Harith, bekas Presiden BADAR '07 dan rakan-rakan selepas solat Isyak. Satu konsep menarik ditunjukkan dalam kuliahnya, iaitu berceramah secara berkumpulan (bukan forum) dan berkuliah dengan petikan video-video, mungkin dimuat turun melalui Youtube. Dapat juga idea menarik daripada ex-dormmate nie ea..
Bagi para peserta, sudah tentu program menzahirkan kecintaan pada kawan2 merupakan perkara paling susah, dengan perlu melakukan pelbagai aksi yg amat menghiburkan. Semoga pengajarannya dapat diingati..

Ahad, 12hb April

Pejam celik, program tiba ke hari terakhir..

Resolusi program berjalan dengan baik, sehinggalah ketika tayangan video akan diadakan. Pada mulanya, tayangan dirancang untuk menerapkan unsur-unsur keinsafan, namun berubah pada saat-saat akhir apabila ditayangkan rancangan 'Pildacil' dan rakaman orang Arab kecek Melayu Kelantan. Asalkan terisi juga masa terluang itu juga kan..

Tibalah kepada masa paling mengharukan, iaitu majlis penutup. Setiap yang awal pasti ada akhirnya, dan begitu juga program ini. Ucapan Ust. Zaidi bin Husin dan Encik/Mr. 'Atiq menggulung majlis tersebut, disusuli dengan penyampaian cenderahati dan sesi fotografi.


Wajah-wajah ceria peserta dan fasilitator


Sempat juga sebelum bersurai, penulis berjumpa buat kali terakhir dengan ahli-ahli Kumpulan 7. Alhamdulillah, walaupun dengan pelbagai ragam masing-masing, kalah main bola, rekacipta bangunan yang membawa simpati mereka yang memandang, mereka jugalah yang memberi penulis akan satu pengalaman yang amat berharga, iaitu nikmat mempunyai adik walaupun untuk masa yang pendek. Terima kasih kepada kalian!! Jika kalian membaca catatan ni, abang nak minta maaf, sebab tak dapat tunaikan janji tu.. Insya Allah, lain kali abang jumpa, abang tunaikan.. Ingat juga amanat abang yang abang sampaikan dahulu..

Sebagai pengakhiran, terima kasih kepada semua yang membantu dalam pelaksanaan program ini, terutama untuk BADAR SDAR serta teman-teman yang lain.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua sahabat, Abd. Rahman (Labu), Atiq, Hazrin (Un), A.D, Hazizie, Abd. Faiz, Bilal, Hanif, Izham dan Shahnazrin serta tidak dilupakan Hafizuddin (Zubair), atas kerjasama kalian yang amat baik untuk program ini, dari awal ke akhirnya. Juga kepada Ustaz Azizee, semoga cepat sembuh, Ust. Tajul dan Ust. Zaidi serta Ust. Mahros, semoga kalian semua dirahmati Allah. Kepada guru-guru juga yang banyak membantu melicinkan perjalanan kem ini, diucapkan jazakallahu khairan kathira.

Semoga dapat diteruskan lagi program seumpamanya untuk tahun-tahun yang mendatang.

Insya Allah...

10 Perangkap Syaitan


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. '' ( An-Nisa': 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut..

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:



1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.


2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah s.w.t yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.


3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)


4. Sifat khianat


Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.


5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah s.w.t, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.


6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).


7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).


8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)


9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti-kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.


10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)


Semoga apa yang dikongsi ini dapat membawa manfaat pada pembaca.. Insya Allah..

Tokoh Islam Abad ke-20: Hassan Al Banna r.a



Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam Hassan Al Banna. Walaupun telah 60 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.

Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abdu Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut.
Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang paling penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Kepimpinan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin.

Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan.
Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Farid Wajdi dan lain-lain.



Menubuhkan lkhwan Muslim

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.

Setelah berkhidmat selarna 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kemampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agararia tetapi lebih dari itu.

Menurut Dr. Muhammad Karnal Khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan
Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan dengan tegas.

lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.

Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.

Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna

Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah-olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, diseksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.

Dengan alasan untuk mengendurkan konflik antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena tembakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat kehilangan darah yang banyak.

Pengurusan Jenazah

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.

Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.

Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.

Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja seaming bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin.

Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan para pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.