Assalamualaikum warahmatullah..
Salam takzim dan ziarah buat semua.
Sekadar menyampaikan. Ramai orang mengetahui tentang 10 ciri peribadi Muslim seperti yang dilakarkan di atas, namun tidak kurang juga yang mampu mengamalkannya. Oleh itu, ingin penulis berkongsi mengenai keprluan ringkas setiap peribadi ini, seperti mana yang pernah ditulis oleh As-Syahid Hassan Al-Banna rahimullah. Semoga kita dapat beramal dengannya, insyaAllah.
1. Aqidah Yang Sejahtera (Salimul Aqidah)• Seorang muslim haruslah memiliki aqidah (pegangan) Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tulen, tanpa ada sebarang tokok tambah atau terlampau mengagungkan seseorang tokoh.
• Penyucian aqidah adalah perkara paling mustahak untuk dilakukan kerana tanpa aqidah yang tulen, segala amalan kita akan ditolak oleh Allah s.w.t
2. Ibadah Yang Benar (Sohehul Ibadah)• Ibadah tidak hanya bermakna perlakuan seperti menunaikan solat dan membaca Al-Quran, tetapi juga merangkumi setiap perkara harian seperti membaca buku, membasuh pakaian dan menaiki kenderaan.
• Tetapi ibadah ini perlu memenuhi satu syarat, iaitu ia perlulah dilakukan dengan niat semata-mata kerana Allah.
• Hadith Nabi s.a.w:
“Tiap-tiap amal bermula dengan niat, dan bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang ia niatkan.” (Mutaffaqun Alaih)
3. Akhlak Yang Mantap (Matinul Khuluq)• Seorang Muslim haruslah memiliki perlakuan seharian berlandaskan kepada
peraturan Al-Quran dan Al-Hadis, seperti tidak bersangka buruk, berhasad
dengki dan berdendam.
• Paling utama, akhlak antara lelaki dan perempuan perlu dijaga sebaik-
baiknya, dengan tidak bercinta sebelum berkahwin, tidak kerap berSMS dan
bercakap-cakap tanpa sebab dibenarkan, kerana semuanya menghampiri zina.
4. Luas Pengetahuan (Mutssaqoful Fikri)• Setiap ilmu perlulah dimiliki oleh umat Islam, meliputi ilmu-ilmu duniawi
dan ukhrawi. Janganlah mempelajari ilmu untuk sekadar lulus peperiksaan
semata-mata.
• Ilmu pengetahuan bukan diukur dengan kedudukan di dalam kelas atau keputusan dalam peperiksaan sahaja, tetapi lebih kepada pengamalan ilmu tersebut.
5. Sihat Tubuh Badan (Qawiyun Jismi)•
“Al-Aqlus salim, fil Jismis salim.” Akal yang cerdas berada pada badan yang
yang sihat. Apabila tubuh badan ditimpa sakit, waima sekadar selsema sekalipun, mampu membantutkan segala akiviti seharian, termasuk beribadah.
• Dengan tubuh yang sihat, seseorang muslim dapat beribadah lebih baik dan
juga dapat membantu orang lain.
6. Mampu Berdikari (Qadiran Ala Qasbi)• Berdikari menjadikan seseorang muslim itu lebih matang menghadapi kehidupan. Suasana dunia sekarang menuntut seseorang itu bersedia berhadapan dengan pelbagai senario kehidupan, daripada tempat belajar hingga dalam bergaul dengan masyarakat.
• Seorang muslim itu juga harus memiliki prinsip hidup yang jelas dalam kehidupan, agar dia tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana anasir yang memburukkan, terutama yang membawa agenda memburuk-burukkan Islam.
7. Melawan Hawa Nafsu (Mujahadah Li Nafsih)• Seorang muslim itu harus mempunyai kekuatan menolak godaan hawa nafsu, yang secara natijahnya selalu mengarah kepada kejahatan dan membawa dosa.
• Cara terbaik mengekang nafsu adalah dengan mengamalkan berpuasa dan selalu memohon perlindungan Allah daripada godaan nafsu dan syaitan.
8. Sangat Menjaga Masa (Harisun Ala Waqtih)• Menepati masa menjadi salah satu ciri penting seseorang muslim, kerana setiap saat itu tidak akan berulang kembali.
• Hadith Nabi Muhammad s.a.w daripada Abdullah bin Abbas r.a:
“Ada 2 macam nikmat yang sering disia-siakan manusia, iaitu nikmat
kesihatan dan kelapangan masa.” 9. Tersusun Urusannya (Munazzoman Li Syuunih)• Muslim yang bijak akan selalu memenuhkan masanya dengan program-program berfaedah secara istiqamah, dan tidak akan membiarkan masanya terbiar tidak terisi begitu sahaja.
• Contoh pengisian masa muslim yang bijak ialah memastikan diri istiqamah membaca Al-Quran selembar sehari, mengamalkan solat Dhuha dan Witir, menyiapkan tugasan dengan sempurna, dan tidak menangguh-nangguhkan kerja.
10. Bermanfaat Kepada Orang Lain (Nafian Li Ghairi)• Seorang muslim itu akan memberi manfaat kepada orang lain, daripada peribadinya hinggalah kepada ilmu yang ia miliki.
• Muslim itu akan berusaha bersungguh-sungguh memenuhi keperluan saudaranya (ithar) lebih daripada keperluan dirinya sendiri. Malahan, dia akan berasa kekurangan jika tidak mampu membuatkan sahabatnya gembira.
Sadaqallah hul azim...
Rehatkan minda sebentar..
Baiklah, selepas membaca petikan di atas, cuba anda jawab soalan di bawah:
"Adakah mampu aku memiliki semua sifat ini?"
(A) Ya, saya mampu memiliki kesemua sepuluh sifat tersebut.
(B) Tidak semua sifat-sifat ini saya mampu miliki.
(C) Tiada satupun sifat-sifat ini ada pada diri saya.Apakah yang mungkin menjadi jawapan anda? Adakah A, B atau C? Semuanya di tangan anda.
Berikut adalah tafsiran peribadi kepada jawapan-jawapan anda.
Pilihan Jawapan: AJika jawapan anda adalah A, maka hendaklah anda bersyukur, kerana bukan calang-calang orang mampu menjadi seperti anda. Walau bagaimanapun, tidak semestinya kehidupan anda akan tenang hingga ke akhir hayat. Anda perlu bersedia, kerana orang yang mengaku mereka beriman bakal menerima ujian demi ujian daripada Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."-Surah Al-Ankabut, Ayat 2-3
Pilihan Jawapan: BJika jawapan anda adalah B, maka anda juga perlu bersyukur kerana anda telah diberikan hidayah oleh Allah s.w.t. Walau bagaimanpun, anda haruslah cuba sedaya mungkin untuk cuba memenuhi kesemua ciri-ciri di atas, sebagai manifestasi anda cuba memperbaiki amalan anda kepada Allah s.w.t.
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.”-Surah Al-A’raf, Ayat 56
Pilihan Jawapan: CJika jawapan anda adalah C, maka anda juga perlu bersyukur kepada Allah. Anda telah ditakdirkan oleh Allah untuk mengenali peribadi yang sepatutnya ada pada seorang muslim yang sejati. Kini, anda hanya perlu mengorak langkah yang pertama untuk berlumba bersama yang muslim lain dalam mengejar kebaikan yang melata di muka bumi ini.
Firman Allah s.w.t:
“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari Kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”-Surah Ali ' Imran, Ayat:114
Kata pujangga:
Jika tidak mampu amalkan semuanya, jangan tinggalkan semuanya.. :)
Selamat beramal!
0 comments:
Post a Comment