Malu: Antara Cabang Dalam Keimanan

Masalah ekonomi, konflik pencerobohan Zionis laknatullah di Gaza adalah antara masalah-masalah yang sedang melanda dunia ini, ketika catatan ini dinukil. Hendak diikutkan, terdapat banyak lagi masalah yang melanda dunia tanpa kita sedari, seperti masalah keruntuhan akhlak manusia, masalah pergaulan bebas atau perlakuan zina secara terang-terangan, dan masalah-masalah sosial yang lain. Ini tidak lagi termasuk masalah rumahtangga yang tidak dapat ditulis penulis disini. Senarainya teramatlah panjang.

Namun, pokoknya ialah kita mesti mencari penyelesaian bagi masalah-masalah tadi. Satu-satunya penyelesaian yang terbaik, malah tiada penyelesaian yang lebih baik daripadanya ialah kita kembali kepada jalan yang dipelopori Nabi Muhammad s.a.w.

Mungkin bunyinya agak sukar dilaksanakan oleh kita, namun kata cendekiawan terdahulu: "Kalau tak dapat semua, jangan ditinggalkan semua." Oleh itu, elok jika bermula dengan sifat malu.

Anda barangkali terfikir, "Apa kena mengena masalah dunia dengan malu pulak?"

Jika semua orang mempunyai sifat 'malu kena pada tempatnya', maka akan sukar untuk emua melakukan maksiat. Kenapa? Dengan sifat malu, kita akan sedar bahawa sentiasa ada yang memerhatikan kita, daripada malaikat di kiri dan kanan, sehinggalah kepada Zat Yang Maha Mengetahui, semuanya tahu tindakan kita setiap saat. Malu dalam melakuakan korupsi dan rasuah dalam perniagaan, masalah ekonomi dapat diatasi. Malu membiarkan rakyat Gaza terus sengsara, kemenangan Islam dan Hamas dapat dicapai. Malu melakukan maksiat dengan teman-teman, masalah sosial dapat dibendung. Semuanya kerana rasa malu sahaja.

Baginda Nabi Muhammad s.a.w menyebutkan bahawa :-


إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت


Ertinya : Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataan nabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyai perasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja.


(Riwayat Al-Bukhari)

Perkara yang sama turut disebut baginda s.a.w:


الحياء خير كله


Ertinya : Perasaan malu itu semuanya (membawa) kebaikan.


(Riwayat Muslim)


Sebuah lagi hadis menjelaskan :-




قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( استحيوا من الله حق الحياء ) ، قلنا : يا رسول الله إنا نستحيي والحمد لله ، قال : ( ليس ذاك ، ولكن الاستحياء من الله حق الحياء أن تحفظ الرأس وما وعى ، والبطن وما حوى ، ولتذكر الموت والبلى ، ومن أراد الآخرة ترك زينة الدنيا ، فمن فعل ذلك فقد استحيا من الله حق الحياء )


Ertinya : Ibn Mas'ud menceritakan : Rasul bersabda : berasa malulah dengan Allah SWT DENGAN sebenar-benar erti malu, sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah pun berasa malu itu Alhamdulillah,


Baginda menjawab : Bukan demikian, tetapi malu kepada Allah swt yang sebenar-benarnya adalah dengan menjaga kepalamu dan setiap apa yang di dalam pemikiranmu, menjaga perutmu dan setiap apa yang diingininya, dan perbanyakkan ingatan kepada mati dan kehancuran. Barangsiapa yang inginkan Akhirat, bakal meninggalkan perhiasan dunia (tidak ditipu dengan kepentingan dunia), seseiapa yang berbuat demikian seperti disebut di atas, mereka telah malu kerana Allah swt dan melaksanakan hak ‘malu' .

( Riwayat At-Tirmidzi )

Semoga diri ini terutamanya, serta rakan-rakan yang sudi membaca, dan yang lain-lain dapatlah kita merasa dan menyemai rasa gerun dan malu kepada Allah. Sampaikanlah kepada yang lain-lain, semoga kita mendapat kebaikan daripadanya.
!
Harapnya bergunalah untuk diri sendiri dan yang membacanya.

0 comments:

Post a Comment