Tazkirah Menguap



Assalamualaikum...

Menguap..... semua orang menguap termasuk juga saya... tetapi kadang kala
kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu
apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut ...
ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah. ...kan manis gitu..

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian, alah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai...huargh. ....huh.. ..haaah dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga. Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan..?

Astaghfirullah. .! begitu rupanya...lalainya saya. Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh
menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyian tetapi ucapkanlah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-sukakah kita
bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar,setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan...

Insya Allah..

0 comments:

Post a Comment