Format temuduga JPA
- biasanya 4 hingga 5 orang akan ditemuduga secara serentak
- penemuduga biasanya 3 orang satu sesi
I) Pengenalan diri
- Biasanya dalam bahasa Inggeris, tapi ketika saya ditemuduga dalam bahasa Melayu. Perkenalkan diri secara simple, sebab kebanyakan info yang kita ingin beritahu telahpun ada pada penemuduga melalui fail yang disediakan. Tapi, pastikan anda menjawab sepertimana yang disoal oleh penemuduga.
II) Sesi perbincangan
- Dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Penemuduga akan memberi satu topik perbincangan, kemudian calon diberi masa dalam 2 minit, kemudian diminta membicarakan tentang tajuk tersebut. Masa ini amat penting kerana anda akan dilihat tentang perwatakan anda, adakah anda sering mencelah, suka membangkang, ’pak turut’ ataupun seorang yang boleh berkomunikasi dengan baik.
- Tips penting: sokong poin2 rakan anda, tapi jika anda tak bersetuju, ’berlapik’ dulu. Contoh: ”Saya setuju, tapi lebih elok kalau....”
- Jika ada rakan anda yang sukar untuk beri pandangan, anda perlu berperanan. Cungkil pendapatnya kerana anda perlu ingat, rakan-rakan anda juga mahukan biasiswa seperti anda, biarlah semua menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Sebagai tambahan, dengan tindakan itu juga anda menggambarkan bahawa anda boleh bekerja dalam kumpulan tanpa banyak masalah, salah satu ciri penting untuk mendapat biasiswa.
III) Sesi pendapat
- Terus terang, inilah sesi yang paling saya geruni.
- Anda akan ditanya satu soalan:
"Antara kamu berlima, siapakah yang paling layak mendapat biasiswa JPA ni?”
- Inilah masa untuk meluahkan pendapat anda, apakah anda layak untuk mendapat biasiswa. Anda boleh menyokong orang lain, atau anda boleh ’menjual’ diri sendiri. Bergantung pada diri masing-masing. Tapi sewaktu kami dulu, memang kami berlima jelas gugup dengan soalan ini. Akhirnya, semua brdiam diri..
Soalan ini perlu 'approach with caution'. Ada orang cakap perlu jual diri dgn ceritakan semua kehebatan dan kelebihan diri, tapi jgn melampau sangat.
- Kemudian bila semua dah selesai, jangan lupa berterima kasih pada penemuduga sebab sudi menemuduga kumpulan anda. Di luar bilik temuduga pula, congratulate rakan- rakan anda yang lain, dan wish for the best untuk masa depan. Mungkin satu hari kelak, rakan anda itu yang akan sama-sama ke pusat persediaan kelak? Allah lebi mengetahui..
- Selepas selesai, memang berdebar setaip langkahan. Tapi alhamdulillah, kita dah buat yang terbaik. Tawakkal kepada Allah sahajalah buat masa ni.
Maafkan kalau ada banyak kekurangan dalam post kali ini. Harapnya ada sikit manfaat. Buat yang bakal ditemuduga, All the best!
InsyaAllah Allah akan sentiasa memudahkan..
0 comments:
Post a Comment