Tips Umum Bertemuduga (1)


Assalamualaikum

Kali ini, khusus untuk mereka yang baru mendapat keputusan SPM, saya ingin berkongsi mengenai tips-tips untuk interview. Tapi saya lebih mengkhususkan tentang temuduga dikendalikan oleh JPA sahaja. Perlu diketahui bahawa setiap bakal penaja akan menemuduga calon-calon dengan cara berbeza, bergantung kepada apa yang ingin mreka ketahui daripada calon mereka.

Sebelum Temuduga

1) Kenalpasti tempat temuduga

Pastikan anda mengetahui dimana temuduga akan dijalankan contoh seperti JPA biasanya akan mengadakan temuduga di Institut Tadbiran Awam (INTAN) atau seperti di Perak, adakalanya akan diadakan di Institut Tadbiran Islam (INTIM). Apapun anda akan tahu mengenai tempat temuduga, biasanya melalui online annoncement di laman web penaja masing-masing.

2) Baca isu-isu tempatan dan global yang sedang berlaku

Anda perlu banyak mempunyai dan menguasai pengetahuan am ketika hendak pergi bertemuduga. Biasanya isu-isu semasa yang akan dibicarakan, sebagai contoh pada tahun 2009 isu H1N1 adalah yang paling popular, diikuti isu-isu pendidikan. Biasanya isu ini akan dibuat berbentuk perbincangan; tiada siapa yang salah, tiada yang benar-benar betul.

3) Ketahui skop tugas sebenar pekerjaan yang bakal diceburi

Anda perlu tahu apa sebenarnya pekerjaan yang akan anda ceburi dengan kelulusan yang anda hendak pohon itu.

Contoh mudah; saya memohon untuk bidang farmasi, dan kami banyak disoal mengenai tugas-tugas seorang ahli farmasi. Antara soalan yang popular ialah:

“Apa ubat yang awak hendak buat bila dah habis belajar nanti?”
” Apa yang anda faham mengenai seorang ahli farmasi? Bagi ubat kat hospital?”
“ Bagaimana tugas anda sebagai ahli farmasi boleh membantu masyarakat kelak?”

Kursus perubatan mungkin ditanya mengenai apa pengkhususan yang ingin mereka ambil, kejuruteraan mengenai skop-skop tugas (bergantung pada bidang kejuruteraan) dll. Ini amat penting krana jika anda boleh menjawab soalan-soalan ini dengan baik, menggambarkan bahawa anda telah membuat kajian awal dan benar-benar serius untuk mendalami bidang itu.

4) Latih untuk berkomunikasi dengan baik; dengan gaya badan yang sesuai dll.

Mungkin ini telah ditekankan oleh para kaunselor, dan ia memang penting. First impression pada gaya badan sahaja sudah boleh dibaca sejak awal, mungkin sejak anda melangkah masuk ke bilik temuduga lagi. Latih diri anda untuk bercakap dengan professional ketika berdiri dan duduk.

5) Siapkan selengkapnya semua yang perlu dibawa semasa temuduga

Biasanya sebelum temuduga, kita akan diminta untuk membawa sijil akademik dan kokurikulum yang asal, serta salinan sijil yang telah disahkan. Sebaiknya, susun semua di dalam fail transparent khusus untuk dibaca penemuduga. Paling penting, pastikan semuanya lengkap sehari sebelum temuduga.

InsyaAllah simulasi temuduga JPA akan menyusul.. 

0 comments:

Post a Comment